Tutorial Menambah Kelebaran Blog

Tutorial Menambah Kelebaran Blog

rated 5.0 by 1 person [?]

Atas pertanyaan salah seorang pembaca blog ini. saya sediakan tutorial ini. Tutorial kali ini, saya kelaskan sebagai pengubahsuaian element dalam blog.

Ramai yang memilih template kerana warna, gambar dan sebahagiannya kerana layout template tersebut. Satu lagi yang perlu anda fikirkan adalah 2 jenis template iaitu:-
  •  FLUID width atau STRETCH templates - template ini adalah sesuai untuk apa jua saiz  resolusi sesebuah monitor komputer. Ia akan melebar atau "mengecil" mengikut resolusi monitor yang digunakan. Kebaikannya jelas dan kelemahannya adalah untuk "DESIGN". Untuk blog profesional, amat sesuai tetapi tidak untuk blog yang lebih kepada "Personal".
  • FIXED width - Template yang telah dibuat untuk "tetap" bagi satu resolusi sahaja. Sesuai untuk DESIGN dan CUSTOMIZING tetapi keburukannya tidak menepati untuk semua monitor komputer. Pelawat mempunyai saiz monitor yang berbeza dan juga resolusi monitor yang berbeza. Jadi, blog  anda akan kelihatan berbeza untuk setiap resolusi.
Banyak blog menyediakan tutorial seperti blog ini. Menyebut tentang modifikasi blog. Asasnya adalah pengetahuan serba sedikit tentang HTML dan javascript. Masalahnya, ada beribu jenis template yang mempunyai "kisahnya" sendiri. Adakala, di dalam tutorial menyuruh anda mencari tag tetapi tag itu tidak terdapat dalam template anda. Jangan bimbang. Asas bagi pembinaan template adalah sama walaupun mempunyai tag yang berbeza. Setiap template mempunyai pola yang sama, tulang belakang, boleh dikatakan tatacaranya adalah sama.

Persoalannya, "Perlukah Anda Menukar Kelebaran Blog Anda?"
Terpulang pada anda. Ada yang mengatakan, resolusi terbaik untuk sebuah blog adalah "Resolution Friendly". Iaitu resolusi yang tidak melebihi 750px kelebarannya. Ini kerana majoriti pengguna atau pelawat menggunakan resolusi 800x600px untuk resolusi "monitor" komputer. Jadi, jika anda menetapkan kelebaran blog anda melebihi resolusi tersebut, mereka ini terpaksa "scroll" ke kiri dan ke kanan muka blog anda.

Kesannya, pelawat golongan ini akan merasa bosan dan blog anda mungkin akan kehilangan mereka. Jadi, terpulang pada anda untuk menetapkan sendiri kelebaran blog anda.

Ok. Kita pergi langkah-langkah untuk menambah kelebaran blog. Saya mengambil contoh untuk template MINIMA. Pergi ke Dashboard >> Layout >> Edit HTML.
Cari dalam Edit HTML tersebut untuk bahagian yang menetapkan nilai untuk kelebaran "Main section", "Post sections", "Sidebar", "Header Section" dan "Footer". Bagi template MINIMA, kodnya seperti di bawah:-

#header-wrapper {
width:660px;
margin:0 auto 10px;
border:1px solid $bordercolor;
}
..................................

#outer-wrapper {
width: 660px;
margin:0 auto;
padding:10px;
text-align:$startSide;
font: $bodyfont;
}
..................................

#main-wrapper {
width: 410px;
float: $startSide;
..................................

#sidebar-wrapper {
width: 220px; float: $endSide;
..................................

#footer {
width:660px;
clear:both;

Di sini, kita dapat lihat bahawa template MINIMA telah disetkan dari asal kelebarannya adalah 660px untuk header-wrapper, outer-wrapper (Post section + Sidebar + Margins) dan juga footer.

Template MINIMA dan juga kebanyakan template lain, Elemen dikategorikan dengan nama yang berikut:-

<>header-wrapper - Bahagian "Header"
<>outer-wrapper - Bahagian utama dan segala elemen-elemen lain termasuk di dalamnya.
Ibarat ianya adalah "pembungkus" untuk semua elemen.
<>main-wrapper - Bahagian post.
<>sidebar-wrapper - Bahagian tepi post.
<>Footer - Bahagian bawah (Footer)

Template MINIMA dan elemennya:-


Dalam kes ini, saya ingin melebarkan lagi "Post section" (main-wrapper).
Saya ingin tambah kelebarannya sebanyak 90px menjadikannya 500px (asal 410px).
Dan untuk itu, saya juga MESTI melebarkan "pembungkus" (outer-wrapper) daripada 660px kepada 750px. Saya tidak mengubah saiz tepi post (sidebar-wrapper) iaitu 220px.
Saya juga mengubah saiz untuk "Header" (header-wrapper) dan bahagian bawah (footer) daripada 660px kepada 750px (tidak perlu jika anda tidak mahu mengubahnya).

Formulanya: Lebar blog=750px
<>500px (main-wrapper) + 220px (sidebar-wrapper) + jarak antara elemen (margin) = 750px

Klik "save templates" dan anda selesai. Saya mencadangkan anda mengubah satu persatu untuk setiap bahagian dan kemudian lihat di bahagian "Page Elements" atau preview blog anda. Jangan ubah sekaligus melainkan anda benar-benar faham. Apa pun, "backup template" anda dulu sebelum sebarang modifikasi. Jika ada masalah, anda boleh upload template anda yang asal semula.

T-Shirt Club



Kepada mereka yang ingin membeli T-Shirt NBCN-Newbie Clubnet bolehlah membuat tempahan mulai sekarang dengan bayaran deposit 60% mulai sekarang. Sehelai baju dijual dengan harga RM35.00 sahaja.

Sila depositkan RM20.00 ke akaun CIMB 12490086545529 atas nama
ZULFAKA BIN ALI. Kemudian E-mailkan segala maklumat anda seperti di bawah ini:-

Nama:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat E-mail:
No. Hand Phone:
Jumlah tempahan:
Saiz: Free size atau small
Printscreen resit anda atau scan resit anda atau gambar pun boleh(kena clear).
Trace no.
Tarikh Transaksi
Loc:
Time/masa transaksi:

AWAS! Tiada tempahan tanpa transaksi. E-mailkan kesemuanya ke salesdept.unicrest@gmail.com atas tajuk: T-Shirt Newbie-Clubnet Order

Nota: Pembayaran baki hendaklah dijelaskan setelah pihak kami menghubungi anda, jika tidak tempahan anda dibatalkan dan wang hanya dipulangkan RM10 jika anda memberikan alasan yang munasabah. Sila berikan email, no Hand phone yang betul. Pembatalan hanya diterima dalam tempoh 48 jam dari tarikh tempahan.

Kenapa Anda Perlukan Program Affiliate

Kenapa Anda Perlukan Program Affiliateoleh Zamri Nanyan
Mempromosikan produk affiliate merupakan satu cara termudah untuk menjana pendapatan pertama anda di internet. Ini kerana anda tidak perlu mencipta produk anda sendiri dan kebanyakan program affiliate sudahpun menyediakan bahan promosi yang anda boleh guna terus. Ini semestinya menjadikan hidap anda mudah.
Sekiranya anda ingin mencipta produk untuk dijual, mungkin anda boleh lakukannya apabila anda sudah mempunyai sedikit pengalaman di dalam pemasaran affiliate.
Kenapa?
Kerana sekiranya anda mempunyai produk sendiri, anda juga perlu mempunyai kemahiran mempromosikan produk. Sekiranya anda gagal mempromosikan produk anda, tak kiralah sehebat mana pun produk anda, anda mungkin akan gagal menjana sebarang pendapatan atau jualan.
Itulah sebabnya saya katakan bahawa bermula dengan mempromosikan produk orang lain dan mendapat komisyen jualan daripada produk tersebut adalah salah satu cara terbaik untuk mendapat wang pertama anda di internet. Selepas anda menjadi affiliate, terpulang kepada anda untuk mencipta produk anda sendiri kerana pada masa ini, anda sudahpun tahu bagaimana untuk mempromosikan produk anda (berdasarkan pengalaman anda mempromosikan produk orang lain).
Jadi, sekiranya anda ingin menimba pengalaman menjadi affiliate, anda perlu serba sedikit tahu jenis-jenis program affiliate yang terdapat di internet. Ini penting kerana anda mungkin perlukan strategi yang berbeza sekiranya anda mempromosikan produk affiliate yang lain jenisnya.
Secara ringkasnya, terdapat 3 jenis program affiliate.
1. Pay-Per-Sale (Dibayar berdasarkan jualan)
2. Pay-Per-Lead (Dibayar berdasarkan jumlah pelawat ke laman web)
3. Pay-Per-Click (Dibayar berdasarkan klik ke laman web yang diiklankan di laman web anda)
Selepas anda kenali jenis program yang anda ingin sertai, barulah anda mula menyusun strategi untuk mempromosikan produk affiliate tersebut.
Sebagai contoh, anda perlukan laman web untuk mempromosikan program pay-per-click tetapi untuk program pay-per-sale, adalah lebih efektif untuk anda menggunakan pemasaran email untuk mendapatkan hasil yang optimum.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan adalah seorang usahawan internet sepenuh masa yang dihormati. Beliau juga pakar dalam mempromosikan produk affiliate tempatan dan luar negara. Program “Pakar Affiliate” beliau merupakan perkongsian ilmu pemasaran berdasarkan pengalaman beliau dan jutawan internet Malaysia, Patric Chan. Dapatkan “Pakar Affiliate” di http://www.pakaraffiliate.com/ sekarang untuk mencungkil ilmu pemasaran berharga ini.

pakar affiliate

Top Ten Local IM Ranking by Newbie Clubnet

Kepada semua newbie, jom kita undi siapa Internet Marketer (IM) yang paling teratas rankingnya di Malaysia.
Contohnya: Katakan anda menanda Ammar Zahar sebagai IM pilihan anda, tandakan pada 'button radio' di sebelah kiri blog ini. Undian adalah hanya untuk rujukan newbie clubnet sahaja, dan undian bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Ini adalah cuma untuk menaikkan semangat newbie untuk merebut ranking mereka suatu hari nanti.
-Penganjur Newbie Clubnet

Internet Marketer

Kunjungilah ke Demonstrasi Vacuum Kobolt (buatan Germany) di Giant Bandar Puteri, Puchong dari 6hb. Disember 2009. Atau dapatkannya secara online di http://www.iklanmaniac.blogspot.com

Logo Kelab

Warning!

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua newbie!
Pesanan kepada newbie-Lupakan SPAMMING, gunakan sebaik mungkin kuasa jualan anda. Iklan lebih baik daripada S.P.A.M .
-Penganjur Newbie-Clubnet